DUGAAN OH DUGAAN
(THINK POSITIVE).
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim,
Seperi yang tertera diatas iaitu Dugaan Oh Dugaan (Think Positive) ini merupakan kissah yang terjadi dekat saya (Hakimi), Amir, Hazrieq, dan Mahadi. Kisah nya sebegini….
Pada suatu pagi yang indah, burung-burung berkicauan, angin meniup sayu dengan mengikut cuaca.. Aku pun bangun pada jam 5.57 pagi. Berat mata mengangkat berat lagi badan yang ingin bangun..hehehe.. selepas bangun dari tidur, aku terus mencapai kain tuala yang bersangkut di atas penyidai ibuku. Selesai sahaja mandi, badan terus merasakan kesegaran pagi ini dan terus mengambil air suci untuk berwudhu’ disebabkan laungan azan pun telah berkumandang yang membuktikan bahawa solat fardhu Subuh telah pun masuk. Jam menunjukkan pukul 6.40 pagi, aku terus bergegas mengambil sarapan yang disediakan bonda ku. Setibanya aku keluar dari rumah terlihat kawan-kawanku sedang menunggu aku diluar. Aku pun bergegas mengambil beg, salam ibubapa, mengambil buku tulis yang tertinggal dan terus mencapai basikal biru ku yang kurang popular. Terdapat 5 sahabat ku yang sedang menunggu sambil bersabar atas masa yang aku peruntukkan yang sungguh lama. Setibanya untuk menaiki bukit yang tidak begitu tinggi, basikal Amir telah melakukan masalah iaitu “handle” basikalnya longgar dan menyusahkan Amir untuk mengawalnya.
Setibanya kami di Masjid Solahuddin Al-Ayubi untuk meletakkan basikal dibawah garaj masjid tersebut. Tanpa membuang masa, kami terus menuju kesekolah yang kurang daripada 5 KM . Setibanya disekolah, aku terus menjalankan tugasku sebagai pengawas sekolah yang menjaga pintu pagar utama. Manakala, kawan-kawanku hanya melakukan tugas mereka sebagai murid sekolah tersebut.
Aku dan Amir pun terus menuju ke kelas 2KPG yang berada di blok Tanjung-Melur yang mempunyai 3 tingkat kecuali bangunan dibawah. Manakala, Hazrieq terus menuju kekelasnya 2B.
Setelah tamat PNP, semua pelajar pulang dengan kejayaan yang amat bermakna iaitu ilmu yang diterima disekolah. Aku, Amir, Hazrieq terus menuju ke Masjid tersebut untuk mengambil basikal yang ditinggalkan di masjid tersebut. Tiba-tiba….,, mereka terkejut dengan kejadian yang berlaku didepan mata mereka iaitu tayar basikal aku pancit, tayar dan tongkat basikal Mahadi rosak, dan yang membuatkan kepercayaan kami terhadap ada seseorang yang melakukan tanpa izin ada buktinya iaitu… basikal Hazrieq yang dikatakan ada seseorang yang menaiki. Dia berkata, “Selalunya aku tak guna “gear” sebelah ini. Mesti ada orang naik.”. Manakala, Amir masih merungut basikalnya yang mempunyai kerosakan pada bahagian “handle” itu sedangkan tidak ada sesiapa yang menyentuh basikal nya. Jadi terpaksalah aku dan kawan-kawan menolak basikal beramai-ramai. Malunya aku. Tapi, nasib baik ada seorang hamba Allah ini membantu aku untuk meringankan sedikit beban. Basikal ku yang rosak itu , dia hantar dalam keadaan yang basah disebabkan pada waktu itu hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah.
***SEKIAN***
Nak nasihat sikit nih => Kalau tak tahu siapa yang melakukan jangan tuduh dia malah berfikirlah secara positif sbgi contoh cakaplah (ntah2 orang tuh mungkin orang susah tak mampu beli basikal ni jadi dia cuba la kot) renung2 kan dan selamat beramal !!! J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan