27 Oktober 2011

Doa - doa yang makbul dan cara berdoa.

Doa - doa yang akan dimakbulkan.

  1. Orang yang terdesak.
  2. Orang yang teraniaya/ dizalimi.
  3. Anak yang berbuat baik kepada ibu bapanya.
  4. Doa seorang muslim yang tidak menzalimi makhluk Allah dan tidak memutuskan hubungan silaturrahim.
Tanda-tanda doa termakbul.

  1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
  2. Menangis tatkala berdoa.
  3. Terasa menggeletar.
Cara - cara berdoa.

  1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesungguhnya Allah S.W.T amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa."
  2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima sesuatu doa       dari hati yang lalai.
  3. Hendak menggunakan barangan/rezeki yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik dan Allah menerima perkara yang baik belaka.
  4. Doa itu hendaklah bukan untuk perkara yang jahat dan jangan minta untuk segerakannya.
  5. Digalakkan menyebut Asma-ulHusna , dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah, dan berselawat keatas kekasih Allah. (Nabi Muhammad SAW).
  6. Sebelum berdoa, bersedekah lah terlebih dahulu. (Al-Fatihan dan sebagainya.)