Fizik (dari
Greek dari φυσικός (
phusikos):
semula jadi, daripada φύσις (
fysis): alam semula jadi) adalah
sains semula jadi; ia adalah kajian mengenai
jirim[1] dan
pergerakannya menerusi
ruang dan masa serta semua yang datang daripada mereka ini, sebagai contoh
tenaga dan
daya.
[2] Apabila ia dilihat secara lebih luas lagi, ia adalah suatu analisis terhadap
alam semula jadi dikendalikan agar dapat memahami bagaimana
dunia dan
alam semesta bertindak.
[3][4]
Fizik adalah salah satu daripada bidang akademik yang tertua, mungkin yang tertua menerusi kemasukannya di dalam bidang astronomi.
[5]
Fizik mengkaji tabiat dan interaksi antara jisim dan sinaran. Hukum fizik diluahkan sebagai persamaan
matematik. Hukum ini mewakili usaha untuk mewujudkan kaitan antara data ujikaji berbeza. Kaedah saintifik pula mewakili usaha untuk menjelaskan hukum diperolehi dari ujikaji. Terdapat fahaman yang salah bahawa hukum fizik hanyalah teori mudah yang kita pasti.
Ini adalah salah. Sebagai contoh
hukum Newton, hukum
graviti merupakan hukum (ia melambangkan perhubungan kuantitatif antara data berbeza), tetapi tiada penjelasan, jadi ia tidak dianggap teori. Bagaimanapun, teori Einstein mengenai kerelatifan am adalah teori kerana ia cuba untuk melakukan lebih dari sekadar menyesuaikan data kepada perhubungan.
Fizik berkait rapat dengan sains tulen lain, terutamanya
kimia, contohnya mengenai sains molekul dan sebatian kimia yang dihasilkan secara pukal. Kimia merangkumi banyak bidang fizik, terutamanya
mekanik kuantum,
termodinamik dan
keelektromagnetan. Bagaimanapun, fenomena kimia cukup berbeza dan rumit sehinggakan kimia dianggap bidang yang berlainan.
Bidang fizik
Teori fizik
| Teori | Subtopik utama | Konsep |
| Mekanik klasik | Hukum-hukum gerakan Newton, Mekanik Lagrangian, Mekanik Hamiltonian, Kinematik, Statik, Dinamik, Teori Chaos, Mekanik bendalir, Mekanik kontinuum | Dimensi, Ruang, Masa, Pergerakan Panjang, Halaju, Jisim, Momentum, Daya, Tenaga, Momentum sudut, Tork Hukum Keabadian, Pengayun berharmoni, Gelombang, Kerja, Kuasa |
| Elektromagnetik | Elektrostatik, Elektrodinamik, Elektrik, Magnet, Persamaan-persamaan Maxwell, Optik | Cas elektrik, Arus elektrik, Medan elektrik, Medan magnet, Medan elektromagnet, Sinaran elektromagnet, Kutub magnet |
| Termodinamik dan Mekanik statistik | Enjin Haba, Teori Kinetik | Pemalar Boltzmann, Entropi, Tenaga Bebas, Haba, Fungsi pemetakan, Suhu |
| Mekanik kuantum | Formulasi kamiran arah, Teori Serakan, Persamaan Schrödinger, Teori Medan Kuantum | Hamiltonian, Zarah Serupa, Pemalar Planck, Kekusutan kuantum, Pengayun Harmoni Kuantum, Fungsi gelombang, Tenaga Titik-sifar |
| Teori kerelatifan | Kerelatifan khas, Kerelatifan am | Prinsip Kesamaan, Empat-momentum, Bingkai Rujukan, Masa-ruang, Kelajuan cahaya |
Bidang utama dalam fizik
Kajian dalam fizik dibahagi kepada beberapa bidang yang mempelajari aspek yang berbeza dari dunia bahan. Fizik jisim termampat adalah sebagai bidang fizik terbesar, mempelajari sifat benda besar, seperti pepejal dan cecair yang kita temui setiap hari, yang berasal dari sifat dan saling hubungan atom. Bidang fizik atom, molekul, dan optik berhadapan dengan atom dan molekul, dan cara mereka menyerap dan mengeluarkan cahaya. Bidang fizik zarah, juga dikenali sebagai "fizik bertenaga tinggi", mempelajari ciri zarah kecil yang jauh lebih kecil dari atom, termasuk zarah keunsuran yang membentuk benda lain. Akhir sekali ialah bidang astrofizik yang menerapkan hukum fizik untuk menjelaskan fenomena astronomi, berkisar dari matahari dan objek lain dalam sistem suria hingga ke alam semesta secara keseluruhan.
| Bidang | Sub-bidang | Teori utama | Konsep |
| Astrofizik | Kosmologi, Ilmu planet, Fizik plasma | Letupan besar, Pengembangan kosmos, Kerelatifan am, Hukum kegravitian semesta | Lubang hitam, Sinaran latar belakang kosmos, Galaksi, Kegravitian, Sinaran kegravitian, Planet, Sistem suria, Bintang |
| Fizik atom, molekul, dan optik | Fizik atom, Fizik molekul, Optik, Fotonik | Optik kuantum | Pembelauan, Sinaran elektromagnet, Laser, Pempolimeran, Garis spektrum |
| Fizik zarah | Fizik pemecut, Fizik nuklear | Model piawai, Teori penyatuan besar, teori-M | Daya Fundamental (kegravitian, elektromagnetik, lemah, kuat), Zarah keunsuran, Anti-jisim |
| Fizik jisim termampat | Fizik benda padat, Fizik bahan, Fizik polimer, Material butiran | Teori BCS, Gelombang Bloch, Gas Fermi, Cecair Fermi, Teori banyak jasad | Fasa (gas, cecair, pepejal, Pemeluwapan Bose-Einstein, superkonduktor, bendalir adi), Kemagnetan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan