Biologi (pinjaman
bahasa Inggeris:
biology: dari
bahasa Greek: βίος, bios, "
kehidupan"; λόγος, logos, "kata") adalah kajian saintifik mengenai
hidup. Biologi mengkaji struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi dan taburan
benda hidup. Bidang ini mengelaskan dan menerangkan organisma, fungsi mereka, cara dan sebab
spesies wujud, serta interaksi sesama mereka dan alam sekeliling.
Biologi menumpukan kepada ciri-ciri fizikal dan tabiat hidupan yang hidup pada masa kini dan masa silam, bagaimana mereka terhasil dan interaksi antara sesama mereka dan alam sekitar. Malah kini terdapat ahli biologi yang mengkaji kemungkinan haiwan yang akan berevolusi pada masa akan datang dan juga yang terdapat di planet-planet yang lain.
Perkataan biologi moden kelihatannya diperkenalkan secara terasing antara
Gottfried Reinhold Treviranus (
Biologie oder Philosophie der lebenden Natur,
1802) dan oleh
Jean-Baptiste Lamarck (
Hydrog‚ologie, 1802). Perkataan
Biologi itu sendiri telah dikatakan dicipta pada
1800 oleh
Karl Friedrich Burdach, tetapi ia muncul pada judul Jilid 3 buku
Michael Christoph Hanov Philosophiae naturalis sive physicae dogmaticae:
Geologia, biologia, phytologia generalis et dendrologia, diterbitkan pada
1766. Pada masa kini, perkataan tersebut merangkumi bidang akademik yang lebih meluas yang sering dilihat sebagai bidang yang tersendiri.
Kebanyakan sains biologi merupakan disiplin khusus.
Botani merupakan kajian tumbuh-tumbuhan,
zoologi merupakan kajian haiwan, dan
mikrobiologi merupakan kajian mikroorganisma. Bidang lain dalam biologi adalah berdasarkan skala organisma dikaji dan kaedah mengkaji mereka.
Biokimia mengkaji kimia asas hidup,
biologi molekul mengkaji interaksi sistem molekul biologi yang kompleks,
biologi sel mengkaji benda binaan kehidupan asas, iaitu
sel, manakala
fisiologi merupakan kajian fungsi tisu dan organ organisma dari segi fizikal dan kimia, dan
ekologi merupakan kajian hubungan sesama pelbagai organsima dan alam sekeliling mereka.
Pengenalan
Biologi adalah kajian mengenai kehidupan. Biologi mempunyai liputan bidang penyelidikan yang luas:
Asas biologi
Biologi tidak sama seperti sistem hukan alam yang tidak berubah yang dijelaskan dengan matematik. Sistem Biologi mempunyai kecendurungan ramalan statistik terhadap sesuatu keadaan,tetapi mempunyai kecendurungan yang tidak konkrit seperti fizik - fizik,berkadar terus atau songsang; biologi tidak mempunyai berkadar terus atau songsang yang berterusan. Walau bagaimanapun,Biologi masih lagi mematuhi hukum alam seperti termodinamik dan pengabadian jisim.
Sains biologi moden dikatakan berteraskan empat prinsip penyatuan, iaitu teori sel, evolusi, genetik dan homeostasis.
Teori sel
- Rencana utama: Teori sel
Sel merupakan unit asas hidup. Teori sel menyatakan bahawa setiap benda hidup terdiri daripada satu atau lebih buah sel, atau hasil rembesan sel-sel tersebut, seperti cangkerang atau tulang. Sel dihasilkan daripada sel lain, melalui pembahagian sel, dan untuk organisma multisel, setiap sel dalam tubuh dihasilkan daripada sel tunggal dalam telur tersenyawa. Sel juga dianggap sebagai bahagian asas proses patologi sesebuah organisma.
Evolusi
- Rencana utama: Evolusi
Satu konsep utama biologi ialah kehidupan berubah dan berkembang melalui evolusi dan setiap benda hidup mempunyai asal bersama (keturunan sepunya). Oleh itu, unit dan proses setiap organisma mempunyai persamaan yang nyata.
Teori gen
- Rencana utama: Genetik
Bentuk dan fungsi biologi diwujudkan dan diwariskan kepada generasi kemudian melalui gen, yang merupakan unit pewarisan utama.
Homeostasis
- Rencana utama: Homeostasis
Homeostasis merupakan keupayaan sesebuah sistem mengekalkan keadaan dalamannya demi mencapai keadaan yang stabil melalui keseimbangan dinamik berganda yang dikawal oleh mekanisme kawal atur berhubung. Setiapp organisma hidup, baik unisel atau multisel mampu berhomeostasis. Contohnya pada tahap sel, homeostasis berperanan mengekalkan pH, pada tahap organisma pula, homeostasis berperanan mengekalkan suhu dalaman badan bagi organisma berdarah panas. Dalam konteks ekosistem, homeostasis boleh merujuk kepada pengekalan tahap karbon dioksida dalam atmosfera oleh tumbuh-tumbuhan yang mampu berfotosintesis.