11 Jun 2012

JAWI

http://www.ejawi.net

INI MERUPAKAN LAMAN YANG PALING SAYA SUKAAAA !!! IA DAPAT MEMBANTU SAYA DALAM MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM BAHAGIAN MENJAWIKAN....... SAYA HARAP IA JUGA DAPAT MEMBANTU KORANG DALAM MASALAH MENJAWIKAN...HEHEHE

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W


KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW.
 Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

30 Mei 2012

Cuti 2 Minggu :D

assalamualaikummm....

aku xtahu apa yg nk dilakukan waktu cuti nih~!!!!!
yang dpt dikhabarkn, aku n family akn pergi ke Melaka bandar bersejarah... dh tahu nk prgy Melaka jgn lupa bawak buku nota kecil sama boleh la tmbhkan ilmu smasa prgy kesana... kan ilmu itu luas... dimna2 p0wn kita boleh mndapatkan nya... tpy, mak kata prgy sna sbb nk prgy makan kenduri dkt rumah Cik An... wlawpon hnya prgy knduri shaja xsemestinya tiada ilmu yg dpt kita terima mesti dlm prjalanan p0wn kita dpt ilmu jugakkkan..

28 Mac 2012

fUH SELAMAt....!!!~

Hahaha~ selamat aq pagi tadi punya cerita....

jangan jealous yeer klaw aq tarak kna xdi...hehehe
Klaw x aq dh semput kaki xdi sebab jalan itik punya kerja...
Dah la xsiap kerja matematik pastu xbawak bukku teks mathh... hahaha...
klaw x, buat malu ja.... Amir jgn marah yerrr,, hahaha

1 Mac 2012

Dugaan Owh Dugaan !!!


DUGAAN OH DUGAAN

(THINK POSITIVE).

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim,

Seperi yang tertera diatas iaitu Dugaan Oh Dugaan (Think Positive) ini merupakan kissah yang terjadi dekat saya (Hakimi), Amir, Hazrieq, dan Mahadi. Kisah nya sebegini….

            Pada suatu pagi yang indah, burung-burung berkicauan, angin meniup sayu dengan mengikut cuaca.. Aku pun  bangun pada  jam 5.57 pagi. Berat mata mengangkat berat lagi badan yang ingin bangun..hehehe.. selepas bangun dari tidur, aku terus mencapai kain tuala yang bersangkut di atas penyidai ibuku. Selesai sahaja mandi, badan terus merasakan kesegaran pagi ini dan terus mengambil air suci untuk berwudhu’ disebabkan laungan azan pun telah berkumandang yang membuktikan bahawa solat fardhu Subuh telah pun masuk. Jam menunjukkan pukul 6.40 pagi, aku terus bergegas mengambil sarapan yang disediakan bonda ku. Setibanya aku keluar dari rumah terlihat kawan-kawanku sedang menunggu aku diluar. Aku pun bergegas mengambil beg, salam ibubapa, mengambil buku tulis yang tertinggal dan terus mencapai basikal biru ku yang kurang popular. Terdapat 5 sahabat ku yang sedang menunggu sambil bersabar atas masa yang aku peruntukkan yang sungguh lama. Setibanya untuk menaiki bukit yang tidak begitu tinggi, basikal Amir telah melakukan masalah iaitu “handle” basikalnya longgar dan menyusahkan Amir untuk mengawalnya.

            Setibanya kami di Masjid Solahuddin Al-Ayubi untuk meletakkan basikal dibawah garaj masjid tersebut. Tanpa membuang masa, kami terus menuju kesekolah yang kurang daripada 5 KM . Setibanya disekolah, aku terus menjalankan tugasku sebagai pengawas sekolah yang menjaga pintu pagar utama. Manakala, kawan-kawanku hanya melakukan tugas mereka sebagai murid sekolah tersebut.

            Aku dan Amir pun terus menuju ke kelas 2KPG yang berada di blok Tanjung-Melur yang mempunyai 3 tingkat kecuali bangunan dibawah. Manakala, Hazrieq terus menuju kekelasnya 2B.

            Setelah tamat PNP, semua pelajar pulang dengan kejayaan yang amat bermakna iaitu ilmu yang diterima disekolah. Aku, Amir, Hazrieq terus menuju ke Masjid tersebut untuk mengambil basikal yang ditinggalkan di masjid tersebut. Tiba-tiba….,, mereka terkejut dengan kejadian yang berlaku didepan mata mereka iaitu tayar basikal aku pancit, tayar dan tongkat basikal Mahadi rosak, dan yang membuatkan kepercayaan kami terhadap ada seseorang yang melakukan tanpa izin ada buktinya iaitu… basikal Hazrieq yang dikatakan ada seseorang yang menaiki. Dia berkata, “Selalunya aku tak guna “gear” sebelah ini. Mesti ada orang naik.”.  Manakala, Amir masih merungut basikalnya yang mempunyai kerosakan pada bahagian “handle” itu sedangkan tidak ada sesiapa yang menyentuh basikal nya. Jadi terpaksalah aku dan kawan-kawan menolak basikal beramai-ramai. Malunya aku. Tapi, nasib baik ada seorang hamba Allah ini membantu aku untuk meringankan sedikit beban. Basikal ku yang rosak itu , dia hantar dalam keadaan yang basah disebabkan pada waktu itu hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah.

***SEKIAN***

Nak nasihat sikit nih => Kalau tak tahu siapa yang melakukan jangan tuduh dia malah berfikirlah secara positif sbgi contoh cakaplah (ntah2 orang tuh mungkin orang susah tak mampu beli basikal ni jadi dia cuba la kot) renung2 kan dan selamat beramal !!! J

23 Februari 2012

Memulai Kebajikan Walaupun Kecil


باچ تاهو!!! 读就知道了!என்று படித்து!


Ketika fajar menyingsing, seorang lelaki tua berjalan-jalan di pinggir pantai sambil menikmati angin laut yang segar menerpa bibir pantai. Di kejauhan dilihatnya seorang anak sedang memungut bintang laut dan melemparkannya kembali ke dalam air.
Setelah mendekati anak itu, lelaki tua itu bertanya heran, “Mengapa engkau mengumpulkan dan melemparkan kembali bintang laut itu ke dalam air?” “Karena bila dibiarkan hingga matahari pagi datang menyengat, bintang laut yang terdampar itu akan segera mati kekeringan, “Jawab si kecil itu.
“Tapi pantai ini luas dan bermil-mil panjangnya,” Kata lelaki tua itu sambil menunjukkan jarinya yang mulai keriput ke arah pantai pasir yang luas itu. “Lagi pula ada jutaan bintang laut yang terdampar. Aku ragu apakah usahamu itu sungguh mempunyai arti yang besar,” Lanjutnya penuh ragu.
Anak itu lama memandang bintang laut yang ada di tangannya tanpa berkata sepatahpun. Lalu dengan perlahan ia melemparkannya ke dalam laut agar selamat dan hidup.” kemudian dengan tersenyum pada lelaki tua itu, ia berkata “Aku membuat perubahan untuk satu hal. Satu Tindakan Sebuah kebaikan yang sederhana dapat membuat sebuah perubahan untuk keluargamu, temanmu, bahkan untuk wajah wajah asing yang kadang tidak kita kenal”. Saya yakin usahaku sungguh memiliki arti yang besar sekurang-kurangnya bagi yang satu ini.” Kata si kecil itu.
Pesan Moral : kadang kadang, kita selalu merasa tidak bisa berbuat apa apa seperti layaknya anak kecil itu, namun walaupun itu cuma tindakan kebaikan sederhana, tapi membuat begitu banyak perbedaan untuk Bintang laut itu sendiri
Ketika anda memberikan sedikit senyuman untuk orang lain, baik itu keluarga anda, teman anda ataupun orang asing yang anda temui, anda telah membuat perbedaan besar bagi mereka.
Tindakan kecil yang sederhana dapat membuat perbedaan besar kepada seseorang yang sedang membutuhkan. Menyelamatkan Bintang laut adalah sedikit aksi yang membuktikan kebenaran itu
Kita sering mendambakan untuk melakukan sesuatu yang besar, namun sering kali kita lupa bahwa yang besar itu sering dimulai dengan sesuatu yang kecil. Mulailah berbuat kebajikan pada hal-hal kecil, maka engkau akan diberkati dalam hal-hal besar.

The Chinese Art of Goal Setting…


Ibu Mencius meminta murid Confusius, Zi si, agar mengambil anaknya sebagai murid. Pada mulanya Mencius belajar sungguh-sungguh. Tapi sesudah beberapa hari, perhatiannya mulai berkurang. Suatu hari, saat gurunya keluar, Mencius bersama teman-temannya membolos.
Suatu hari, ketika Mencius pulang terlambat ke rumahnya sepulang sekolah. Sang Ibu yang lagi menenun kain,bertanya : “Mengapa kamu pulang terlambat hari ini?”
Mencius terdiam. Sang ibu merasa ada sesuatu yang salah. Sang ibu menanyakannya lagi.
“Saya bermain kucing-kucingan,”jawab Mencius akhirnya. “Belajar sangat membosankan,”lanjutnya..
Sang ibu yang mendengar jawaban tersebut hanya diam. Namun tiba-tiba, sang ibu memotong benang tenunnya,terus berkata,”Sekarang benang itu putus, dapatkah ibu terus menenun?”
Mencius diam,. “tidak bu”katanya.
“Demikian juga dengan belajar. Jika kamu berhenti di tengah jalan, kamu tidak akan berhasil.”
Nah, apa hikmah dari cerita singkat berikut??
“kita tidak dapat berhenti di tengah jika kita ingin mencapai keberhasilan. Teruslah berusaha keras sampai tujuan akhir tercapai.”
“Never, Never, Never Give Up” (Winston Churchill)

25 Januari 2012

عمر بن الخطاب

Saidina Umar al-Khattab , kadang-kadang dipanggil juga sebagai Umar al-Farooq ataupun Omar atau Umar ialah daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan puak Bani Adi,Quraisy. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidin.



Kehidupan awal

Saidina Umar dilahirkan di Makkah.Bapanya bernama Khattab bin Nufaul Bin Abdul Uzza. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Beliau juga berilmu iaitu merupakan perkara yang amat jarang pada masa tersebut dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya.

Memeluk Islam

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.
Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.
Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir.

Saidina Umar di Madinah

Saidina umar merupakan antara individu yang berhijrah ke Yathrib (kemudiannya dikenali sebagai Madinah). Dia merupakan salah seorang daripada Sahabat Rasulullah s.a.w..
Pada tahun 625, anak perempuan Saidina Umar iaitu Hafsa mengahwini Nabi Muhammad s.a.w.

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 masihi. Saidina Umar dikatakan amat sedih dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. sehinggakan beliau sanggup membunuh sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau kemudiannya kembali tenang selepas Saidina Abu Bakar (khalifah pertama umat Islam) berucap "Sesiapa yang menyembah Muhammad ketahuilah bahawa baginda telah wafat, tetapi sesiapa yang menyembah Allah s.w.t., ketahuilah bahawa Allah itu hidup dan tidak akan mati." Saidina Abu Bakar kemudiannya membaca beberapa potong ayat Al Quran untuk mententeramkan umat Islam.
Saidina Abu Bakar dengan sokongan Saidina Umar menjadi khalifah pertama umat Islam. Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 masihi. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.

Pemerintahan Saidina Umar

Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Ada diantara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.
Pada tahun 637, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.
Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.
Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.

Wafatnya Saidina Umar

Saidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Majusi Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah atau Fairuz. Abu Lu'lu'ah menikam Saidina Umar kerana menyimpan dendam terhadap Saidina Umar. Dia menikam Saidina Umar sebanyak enam kali sewaktu Saidina Umar menjadi imam di Masjid al-Nabawi, Madinah.
Saidina Umar meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. dan makam Saidina Abu Bakar. Saidina Uthman Affan dilantik menjadi khalifah selepas kematiannya..

1 Januari 2012

my L0ve s0ngzz


Super Junior ::> Mr. Simple



Hafiz & Adira AF ::> Ombak Rindu



Nowseeheart ::> Damai Yang Hilang