4 September 2011

ALBUM

SARAWAK


Ingat kan, lewat sangat dtg airport, rupa2 nya...lambat lagi...
waaaa.....x larat nk tunggu...


D0k atas buaya p0wn  jadilah, Hazim noh...tapi,
hati2, nanti kena ngap lar plak....


Jalan2x, cari makan....
lalalala.....


Tidak.....my Dad kena makan dengan buaya...
nasib baik adik aku t0l0ng....


Atas feri...merintangi Sg.Sarawak....


Cantiknyer.... rumah ka bangunan pejabat???





Dekat rumah Penan....Sarawak.


rUmAH tinggi.....gayat ḷḷ...


"Apek, jaga2 ada tangga, haiya2x..."


haaaa.....Amirul, ag nk tengok rambut aq sangat tengok ler.....
ag abaq kat Lukman sama nah...xlupa jugak
si Firdaus tu...

3 September 2011

Universiti al-Azhar


Universiti Al-Azhar
جامعة الأزهر
Game'at Al-ʾAzhar al-Šarīf
Masjid Al-Azhar di Kaherah Mesir
Masjid Al-Azhar di Kaherah Mesir

Ditubuhkan
 pada
:
970~972 AM
Jenis:AwamIslam
Penggabungan agama:Sunnah Waljamaah
Sheikh (ketua):Syeikh Dr. Ahmed al-Tayyib (2010 – kini)
Lokasi:KaherahMesir
Kampus:Bandar
Al-Azhar University logo.svg
Universiti al-Azhar (Bahasa Arab: جامعة الأزهر atau juga الأزهر الشريف; al-Azhar al-Shareef, "Azhar yang Mulia"), adalah sebuah institusi pendidikan tinggi ulung di Mesir, dan terkenal di dunia sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan. Mula dibina pada 969, ia merupakan universiti yang kedua tertua ditubuhkan yang masih beroperasi selepas Universiti al-Qarawiyin diFesMaghribi.
Universiti al-Azhar dibina oleh kerajaan Fatimiyyah (909-1171) yang menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya. Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar. Pada masa dulu, masjid merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam termasuklah pendidikan.

Sejarah

Universiti al-Azhar ini diasaskan oleh dinasti Fatimid di Mesir, keturunan Fatimah, anak perempuan dari Rasul Prophet Muhammad. Fatimah dikenali sebagai Az-Zahra (yang pintar), dan universiti ini mengambil nama tersebut sebagai penghormatan kepada beliau.
Pengajian bermula di Al-Azhar pada bulan Ramadan, 975 AD. (Jami'ah) Universiti memiliki fakulti dalam Undang-undang Islam dan perundangan (jurisprudence), nahu Arab (Arabic grammar), Ilmu Falak (Islamic astronomy), falsafah awal Islam, dan logik.[1][2]
Pada abad ke-12, dengan kejatuhan dinasti Shia Fatimid, Sultan Saladin (pengasas Dinasti Ayyubid Sunni) menukar Al-Azhar menjadi pusat pembelajaran Sunni Shafi'ite.[3][4]
Pada 1961, Al-Azhar dirombak kembali di bawah kerajaan Presiden Mesir ke-2, Presiden Gamal Abdel Nasser dan beberapa fakulti sekular di tambah ke universiti tersebut, seperti perubatan, kejuruteraan, dan pertanian. Fakulti wanita Islam turut ditambah pada tahun yang sama.

Abu Musa Jabir bin Hayyan (BAPA KIMIA)


Riwayat Hidup


Tokoh Jabir Ibn Haiyan atau nama penuhnya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan Al-Azdi (أبو موسى جابر بن حيان الأزدي) atau dikenali sebagai Geber di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains Islam.Abu Musa Jabir Ibn Hayyan ini kadang kala dipanggil dengan nama al-Harrani dan al-Sufi.Beliau juga dikenali sebagai Bapa Kimia.Beliau merupakan anak kepada penjual ubat.
Jabir dikatakan belajar di bawah seliaan Imam Ja'afar Sadiq dan putera Ummayed iaitu Khalid Ibn Yazid.Sebelum itu beliau menuntut ilmu dalam bidang perubatan di bawah naungan Barmaki Vizir semasa zaman Khalifah Abbasyiah Harun al-Rasyid.
Jabir Ibn Haiyan meninggal dalam tahanan rumah di Kufah pada 803 C.E.

Sumbangan

Sumbangan terbesar beliau adalah dalam bidang kimia.Beliau memperkenalkan penyiasatan penyelidikan dalam bidang alkimia yang mengubah dalam bentuk yang lebih moden lagi.
Makmalnya menjadi terkenal selama beberapa abad tetapi kemasyhurannya diabadikan pada 100 buah buku ilmiah dan 22 daripadanya berkaitan dengan kimia dan alkimia.
Beliau juga telah menemukan mineral dan asid lain yang disediakan bagi alembicnya yang pertama.Alembic merupakan salah satu ciptaannya yang teragung yang menjadikan proses penyulingan lebih mudah serta bersistematik.
Sumbangan beliau yang lain ialah seperti pengkristalan penyulingan , pengoksidaan serta pelbagai teknik lain dalam bidang kimia.

Kitab

  • Kitab al-Kimya.
  • Kitab al-sab'een

Abul Waleed Muhammad Ibn Rushd


Fail:AverroesColor.jpg
Ibnu Rushd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad (lahir 1126 dan meninggal dunia 1198) adalah ahli falsafah, perubatan, matematik, teologi, ahli fikah mazhab Maliki, astronomi, geografi dan sains.
Dilahirkan di Sepanyol dan meninggal dunia di Maghribi, beliau adalah ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas didunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes dan bapa kepada fahaman sekularisme.


Biografi


Ibnu Rushd lahir dalam keluarga yang berilmu dan ternama. Bapanya dan datuknya merupakan kadi di Cordova (sekarang Sepanyol). Beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya.
Ibnu Rushd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, Ibnu Zuhr yang pernah bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia.
Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.
Selain menjalin perhubungan yang akrab dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rushd juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin. Hubungan ini telah membolehkan Ibnu Rusyd dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Cordova.
Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibn Tufail. Ramai yang berasa cemburu dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rusyd. Kerana desakan dan tekanan pihak tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid, beliau dibuang ke daerah Alaisano.
Setelah selesai menjalani tempoh pembuangannya, beliau pulang semula Cordova. Kehadirannya di Cordova bukan sahaja tidak diterima, tetapi beliau telah disisihkan oleh orang ramai serta menerima pelbagai penghinaan daripada masyarakatnya.
Pada lewat penghujung usianya, kedudukan Ibnu Rusyd dipulihkan semula apabila Khalifah Al-Mansor Al-Muwahhidi menyedari kesilapan yang dilakukannya. Namun, segala kurniaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya tidak sempat dikecapi kerana beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1198.


Sumbangan

Kematiannya merupakan kehilangan yang cukup besar kepada kerajaan dan umat Islam di Sepanyol. Beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu dan tulisan dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahu.
Averroes closeup.jpg

Falsafah dan ilmu logik

Ibnu Rushd terkenal untuk terjemahan hasil kerja Aristotle yang dilupai barat. Melalui terjemahan dari bahasa latin oleh Ibnu Rushd pada awal abad ke-12, pengetahuan yang ditinggalkan oleh Aristotel mula diketahui ramai di barat.
Hujah Ibnu Rushd dalam The Decisive Treatise menjustifikasi pembebasan sains dan falsafah dari aliran rasmi mazhab Ash'ari. Ini menyebabkan sebahagian sarjana menganggap Ibnu Rushd sebagai bapa kepada fahaman sekularisme di Eropah barat.
Ibnu Rushd menterjemah dan memberi komen hasil kerja Aristotle selama hampir tiga dekad. Beliau banyak mempengaruhi falsafah dunia Islam. Dalam hasil kerjanya Fasl al-Maqal (The Decisive Treatise), beliau menekankan pentingkan berfikir secara analitikal untuk menterjemah Quran dan ini bertentangan dengan pandangan konservatif ulama' Islam di mana penekanan pentafsiran Quran diletakkan kepada sumber seperti hadith.
Pembicaraan falsafah Ibnu Rushd banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan dengan metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah mengemukakan idea yang bernas lagi jelas, dan melakukan pembaharuan semasa membuat huraianya mengenai perkara tersebut.
Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah mempengaruhi ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Voltaire dan Rousseau dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rusyd, tetapi memperolehi ilham daripada pembacaan karyanya.
Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga merobah wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini. Masyarakat Barat sebenarnya terhutang budi kepada Ibnu Rusyd kerana pemikirannya, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, telah mencetuskan revolusi di benua Eropah.

Perubatan
Karya besar lain yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rushd adalah "Kulliyah fit-Thibb" yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum. Buku "Kulliyah fit-Thibb" telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa, orang Yahudi dari Padua. Buku itu kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul General Rules of Medicine.
Hospital Les Quinze-Vingt yang juga merupakan hopital pertama di Paris didirikan oleh Raja Louis IX berdasarkan model hospital Sultan Nuruddin di Damsyik yang kaedah perubatannya merupakan hasil daripada idea dan pemikiran Ibnu Rushd.
Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga merangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia. Ibnu Rushd memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja.


Kemasyarakatan

Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu Rushd turut menjangkau bidang yang berkaitan dengan kemasyarakatan apabila beliau cuba membuat pembahagian masyarakat itu kepada dua golongan iaitu golongan elit yang terdiri daripada ahli falsafah dan masyarakat awam.
Pembahagian strata sosial ini merupakan asas pengenalan pembahagian masyarakat berdasarkan kelas seperti yang dilakukan oleh ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Max dan mereka yang sealiran dengannya.

Sarjana serba boleh

Karya-karya lain Ibnu RushdMabadil termasuk Pengantar Ilmu Falsafah, Tafsir Urjuza yang membicarakan perubatan dan tauhid, Taslul, buku mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah, yang mengungkap persoalan falsafah dan agama, Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap buku Imam Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul Falaisafah, dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a yang menyentuh persamaan antara falsafah dengan agama.
Beliau juga telah menulis sebuah buku muzik yang diberi judul "De Anima Aristoteles" (Commentary on the Aristotle's De Animo). Hasil karyanya ini membuktikan betapa Ibnu Rushd begitu terpengaru dan tertarik oleh ilmu logik yang dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani, Aristotle.
Apabila melihat keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang ini, maka tidak syak lagi beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya.

2 September 2011

BAPA PERUBATAN

Hippocrates

Hippocrates dari Cos (k.k. 460 SM – k.k. 377 SM) yang telah digelarkan "Bapa Perubatan" ialah salah seorang pakar perubatan Yunani yang paling terkenal pada zamannya. Menurut tradisi biografi, beliau dilatih di sebuah kuil perbomohan di Kos, dan mungkin merupakan pelajar Herodicus. Karya-karya yang dikatakan ditulisnya (Corpus hippocraticum, atau "Karya-karya Hippocrates") menolak kepercayaan karut dan kuasa ajaib "ubat" primitif dan mengasaskan perubatan sebagai satu cabang sains. Tidak banyak diketahui terhadap kehidupan peribadi Hippocrates, tetapi sebilangan daripada pencapaian perubatanannya telah didokumenkan oleh ahli-ahli sejarah seperti Plato dan Aristotle.


Karya

Karya-karya Hipprocrates memperkenalkan kerahsiaan penyakit, satu amalan yang masih dikekalkan pada hari ini. Ini diperihalkan di bawah Sumpah Hippocrates dan karya-karyanya yang lain. Hippocrates menyarankan bahawa pakar-pakar perubatan mencatatkan dapatan dan kaedah perubatan mereka supaya rekod-rekod itu boleh disampaikan dan digunakan oleh pakar-pakar perubatan yang lain.
Karya-karya Hipprocrates yang lain mengaitkan trait personaliti dengan kelimpahan relatif untuk empat humor dalam badan: kahak, hempedu kuning, hempudu hitam, serta darah, dan merupakan pengaruh yang utama kepada Galen dan perubatan zaman pertengahan yang kemudian.
Hippocratic Corpus merupakan satu himpunan yang terdiri daripada hampir 60 buah karya yang ditulis antara tahun 430 SM dan 200 Masihi. Himpunan ini sebenarnya merupakan sekumpulan teks yang ditulis oleh banyak orang yang mempunyai sudut pandangan yang berbeza dan yang telah salah digolongkan di bawah nama Hippocrates, mungkin oleh Perpustakaan Alexandria. Tiada sebarang teks yang termasuk dalam Corpus boleh dianggap sebagai ditulis oleh Hippocrates sendiri, dan sekurang-kurangnya satu daripada karya itu ditulis oleh Polybus, menantu lelakinya.
Karya Hippocrates yang paling terkenal ialah Sumpah Hippocrates; bagaimanapun, teks ini bukan ditulis oleh Hippocrates sendiri. Satu peraturan perubatan terkenal yang tak lapuk dek zaman dan dianggap berasal daripada Hippocrates ialah Primum non nocere ("pertama, buat yang tiada mudarat"); lagi satu ialah Ars longa, vita brevis ("seni adalah panjang, dan hidup pendek sahaja").



Senarai karya



Antara karya-karya berikut, tiada sebarang yang boleh membuktikan bahawa ini merupakan karya Hippocrates, tetapi telah dianggap sebagai sebahagian Corpus Hippocraticum:




Fizik


Fizik (dari Greek dari φυσικός (phusikos): semula jadi, daripada φύσις (fysis): alam semula jadi) adalah sains semula jadi; ia adalah kajian mengenai jirim[1] dan pergerakannya menerusi ruang dan masa serta semua yang datang daripada mereka ini, sebagai contoh tenaga dan daya.[2] Apabila ia dilihat secara lebih luas lagi, ia adalah suatu analisis terhadap alam semula jadi dikendalikan agar dapat memahami bagaimana dunia dan alam semesta bertindak.[3][4]
Fizik adalah salah satu daripada bidang akademik yang tertua, mungkin yang tertua menerusi kemasukannya di dalam bidang astronomi. [5]
Fizik mengkaji tabiat dan interaksi antara jisim dan sinaran. Hukum fizik diluahkan sebagai persamaan matematik. Hukum ini mewakili usaha untuk mewujudkan kaitan antara data ujikaji berbeza. Kaedah saintifik pula mewakili usaha untuk menjelaskan hukum diperolehi dari ujikaji. Terdapat fahaman yang salah bahawa hukum fizik hanyalah teori mudah yang kita pasti.
Ini adalah salah. Sebagai contoh hukum Newton, hukum graviti merupakan hukum (ia melambangkan perhubungan kuantitatif antara data berbeza), tetapi tiada penjelasan, jadi ia tidak dianggap teori. Bagaimanapun, teori Einstein mengenai kerelatifan am adalah teori kerana ia cuba untuk melakukan lebih dari sekadar menyesuaikan data kepada perhubungan.
Fizik berkait rapat dengan sains tulen lain, terutamanya kimia, contohnya mengenai sains molekul dan sebatian kimia yang dihasilkan secara pukal. Kimia merangkumi banyak bidang fizik, terutamanya mekanik kuantum, termodinamik dan keelektromagnetan. Bagaimanapun, fenomena kimia cukup berbeza dan rumit sehinggakan kimia dianggap bidang yang berlainan.


Bidang fizik

Teori fizik

Teori Subtopik utama Konsep
Mekanik klasik Hukum-hukum gerakan Newton, Mekanik Lagrangian, Mekanik Hamiltonian, Kinematik, Statik, Dinamik, Teori Chaos, Mekanik bendalir, Mekanik kontinuum Dimensi, Ruang, Masa, Pergerakan Panjang, Halaju, Jisim, Momentum, Daya, Tenaga, Momentum sudut, Tork Hukum Keabadian, Pengayun berharmoni, Gelombang, Kerja, Kuasa
Elektromagnetik Elektrostatik, Elektrodinamik, Elektrik, Magnet, Persamaan-persamaan Maxwell, Optik Cas elektrik, Arus elektrik, Medan elektrik, Medan magnet, Medan elektromagnet, Sinaran elektromagnet, Kutub magnet
Termodinamik dan Mekanik statistik Enjin Haba, Teori Kinetik Pemalar Boltzmann, Entropi, Tenaga Bebas, Haba, Fungsi pemetakan, Suhu
Mekanik kuantum Formulasi kamiran arah, Teori Serakan, Persamaan Schrödinger, Teori Medan Kuantum Hamiltonian, Zarah Serupa, Pemalar Planck, Kekusutan kuantum, Pengayun Harmoni Kuantum, Fungsi gelombang, Tenaga Titik-sifar
Teori kerelatifan Kerelatifan khas, Kerelatifan am Prinsip Kesamaan, Empat-momentum, Bingkai Rujukan, Masa-ruang, Kelajuan cahaya

 Bidang utama dalam fizik

Kajian dalam fizik dibahagi kepada beberapa bidang yang mempelajari aspek yang berbeza dari dunia bahan. Fizik jisim termampat adalah sebagai bidang fizik terbesar, mempelajari sifat benda besar, seperti pepejal dan cecair yang kita temui setiap hari, yang berasal dari sifat dan saling hubungan atom. Bidang fizik atom, molekul, dan optik berhadapan dengan atom dan molekul, dan cara mereka menyerap dan mengeluarkan cahaya. Bidang fizik zarah, juga dikenali sebagai "fizik bertenaga tinggi", mempelajari ciri zarah kecil yang jauh lebih kecil dari atom, termasuk zarah keunsuran yang membentuk benda lain. Akhir sekali ialah bidang astrofizik yang menerapkan hukum fizik untuk menjelaskan fenomena astronomi, berkisar dari matahari dan objek lain dalam sistem suria hingga ke alam semesta secara keseluruhan.
Bidang Sub-bidang Teori utama Konsep
Astrofizik Kosmologi, Ilmu planet, Fizik plasma Letupan besar, Pengembangan kosmos, Kerelatifan am, Hukum kegravitian semesta Lubang hitam, Sinaran latar belakang kosmos, Galaksi, Kegravitian, Sinaran kegravitian, Planet, Sistem suria, Bintang
Fizik atom, molekul, dan optik Fizik atom, Fizik molekul, Optik, Fotonik Optik kuantum Pembelauan, Sinaran elektromagnet, Laser, Pempolimeran, Garis spektrum
Fizik zarah Fizik pemecut, Fizik nuklear Model piawai, Teori penyatuan besar, teori-M Daya Fundamental (kegravitian, elektromagnetik, lemah, kuat), Zarah keunsuran, Anti-jisim
Fizik jisim termampat Fizik benda padat, Fizik bahan, Fizik polimer, Material butiran Teori BCS, Gelombang Bloch, Gas Fermi, Cecair Fermi, Teori banyak jasad Fasa (gas, cecair, pepejal, Pemeluwapan Bose-Einstein, superkonduktor, bendalir adi), Kemagnetan

Biologi


Biologi (pinjaman bahasa Inggeris: biology: dari bahasa Greek: βίος, bios, "kehidupan"; λόγος, logos, "kata") adalah kajian saintifik mengenai hidup. Biologi mengkaji struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi dan taburan benda hidup. Bidang ini mengelaskan dan menerangkan organisma, fungsi mereka, cara dan sebab spesies wujud, serta interaksi sesama mereka dan alam sekeliling.
Biologi menumpukan kepada ciri-ciri fizikal dan tabiat hidupan yang hidup pada masa kini dan masa silam, bagaimana mereka terhasil dan interaksi antara sesama mereka dan alam sekitar. Malah kini terdapat ahli biologi yang mengkaji kemungkinan haiwan yang akan berevolusi pada masa akan datang dan juga yang terdapat di planet-planet yang lain.
Perkataan biologi moden kelihatannya diperkenalkan secara terasing antara Gottfried Reinhold Treviranus (Biologie oder Philosophie der lebenden Natur, 1802) dan oleh Jean-Baptiste Lamarck (Hydrog‚ologie, 1802). Perkataan Biologi itu sendiri telah dikatakan dicipta pada 1800 oleh Karl Friedrich Burdach, tetapi ia muncul pada judul Jilid 3 buku Michael Christoph Hanov Philosophiae naturalis sive physicae dogmaticae: Geologia, biologia, phytologia generalis et dendrologia, diterbitkan pada 1766. Pada masa kini, perkataan tersebut merangkumi bidang akademik yang lebih meluas yang sering dilihat sebagai bidang yang tersendiri.
Kebanyakan sains biologi merupakan disiplin khusus. Botani merupakan kajian tumbuh-tumbuhan, zoologi merupakan kajian haiwan, dan mikrobiologi merupakan kajian mikroorganisma. Bidang lain dalam biologi adalah berdasarkan skala organisma dikaji dan kaedah mengkaji mereka. Biokimia mengkaji kimia asas hidup, biologi molekul mengkaji interaksi sistem molekul biologi yang kompleks, biologi sel mengkaji benda binaan kehidupan asas, iaitu sel, manakala fisiologi merupakan kajian fungsi tisu dan organ organisma dari segi fizikal dan kimia, dan ekologi merupakan kajian hubungan sesama pelbagai organsima dan alam sekeliling mereka.


Pengenalan

Biologi adalah kajian mengenai kehidupan. Biologi mempunyai liputan bidang penyelidikan yang luas:

Asas biologi

Biologi tidak sama seperti sistem hukan alam yang tidak berubah yang dijelaskan dengan matematik. Sistem Biologi mempunyai kecendurungan ramalan statistik terhadap sesuatu keadaan,tetapi mempunyai kecendurungan yang tidak konkrit seperti fizik - fizik,berkadar terus atau songsang; biologi tidak mempunyai berkadar terus atau songsang yang berterusan. Walau bagaimanapun,Biologi masih lagi mematuhi hukum alam seperti termodinamik dan pengabadian jisim.
Sains biologi moden dikatakan berteraskan empat prinsip penyatuan, iaitu teori sel, evolusi, genetik dan homeostasis.

 Teori sel

Rencana utama: Teori sel
Sel merupakan unit asas hidup. Teori sel menyatakan bahawa setiap benda hidup terdiri daripada satu atau lebih buah sel, atau hasil rembesan sel-sel tersebut, seperti cangkerang atau tulang. Sel dihasilkan daripada sel lain, melalui pembahagian sel, dan untuk organisma multisel, setiap sel dalam tubuh dihasilkan daripada sel tunggal dalam telur tersenyawa. Sel juga dianggap sebagai bahagian asas proses patologi sesebuah organisma.

 Evolusi

Rencana utama: Evolusi
Satu konsep utama biologi ialah kehidupan berubah dan berkembang melalui evolusi dan setiap benda hidup mempunyai asal bersama (keturunan sepunya). Oleh itu, unit dan proses setiap organisma mempunyai persamaan yang nyata.

 Teori gen

Rencana utama: Genetik
Bentuk dan fungsi biologi diwujudkan dan diwariskan kepada generasi kemudian melalui gen, yang merupakan unit pewarisan utama.

 Homeostasis

Rencana utama: Homeostasis
Homeostasis merupakan keupayaan sesebuah sistem mengekalkan keadaan dalamannya demi mencapai keadaan yang stabil melalui keseimbangan dinamik berganda yang dikawal oleh mekanisme kawal atur berhubung. Setiapp organisma hidup, baik unisel atau multisel mampu berhomeostasis. Contohnya pada tahap sel, homeostasis berperanan mengekalkan pH, pada tahap organisma pula, homeostasis berperanan mengekalkan suhu dalaman badan bagi organisma berdarah panas. Dalam konteks ekosistem, homeostasis boleh merujuk kepada pengekalan tahap karbon dioksida dalam atmosfera oleh tumbuh-tumbuhan yang mampu berfotosintesis.